Beberapa andaian dalam sistem autoritarianisme Autoritarianisme

Autoritarianisme adalah dikaitkan dengan positivis yang berlogik dan falsafah utilitarian (kebaikan awam). Pandangan tersebut meletakkan beberapa nilai ditempat tertinggi seperti pengstrukturan sosial yang rasional (rational social engineering), undang-undang dan kestabilan, dan keberkesanan sumber. Masyarakat antara lain dianggap tidak berpelajaran, tidak boleh diharap, kacau-bilau, dan/atau tidak bemoral. Untuk kebaikan mereka, kerajaan mesti mengenakan kawalan ketat kepada rakyat yang tidak stabil ini. Sistem ini biasanya digunakan di negara-negara Asia yang pernah dijajah oleh kuasa Barat. Apabila negara itu mencapai kemerdekaan, rakyatnya yang selama ini ditindas memerlukan sebuah kerajaan atau pemimpin yang berkuasa untuk memandu mereka ke arah kejayaan. Mantan Presiden Singapura Lee Kuan Yew sering dianggap sebagai seorang yang autoritarian tetapi usahanya yang gigih telah membawa kepada kemajuan Singapura. Sistem ini juga telah digunakan di Korea Selatan, Taiwan, Filipina dan Indonesia.

Di samping itu, andaian dari perspektif autoritarian ialah terdapatnya segolongan manusia yang lebih baik (superior) dari segi kebijaksanaan dan moral. Dalam ideologi-ideologi yang lain, kelebihan mereka datang dari pelbagai sumber, seperti hak unggul raja-raja, ketententeraan, kuasa mistik, apa yang dipanggil oleh Machiavelli sebagai virtĂș atau hikmah, kuasa intelek, kebolehan teknikal, kebijaksanaan politik, "demagogery", dan/atau popular secara umum. Manusia tersebut diterima sebagai orang yang paling sesuai untuk membuat keputusan untuk rakyat, dengan kawalan dan imbangan yang minimum.